المساعد الشخصي الرقمي

مشاهدة النسخة كاملة : Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkas Mengenai Hukuman Bagi Penzina



Admin
18-04-2014, 10:01 PM
المصدر (https://mahdialumma.xyz/showthread.php?p=49609)




الحكم المُختصر للمهدي المنتظر في حد الزنى
(https://mahdialumma.xyz/showthread.php?p=49609)
Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkaskan
Mengenai Hukuman Bagi Penzina




- 4 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
07-06-2008
09:13 pm
ــــــــــــــــــ


الحكم المُختصر للمهدي المنتظر في حد الزنى..

Kata Putus Imam Mahdi Yang Diringkas Mengenai Hukuman Bagi Penzina



بسم الله الرحمن الرحيم
{سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (1)الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْعَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ(2)}
صدق الله العظيم [النور]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

[Ini adalah] satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan [menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam]nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. (1)

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk [menjalankan] agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah [pelaksanaan] hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(An-Nur)


فهل ترون هذه الآية من البيِّنات المحكمات الواضحات من اللاتي لسن بحاجة للتأويل نظرا لوضوحهن الشديد لأنهن من أم الكتاب؟ وأُعرِّف لكم كلمة الزاني أو الزانية وهم الذين لم يحفظوا فروجهم من غير أزواجهم ولاتحل فروجهم إلا على أزواجهم، ومن ثم حكم الله عليهم بمائة جلدة للذكر والأنثى سواءً كانوا متزوجين أم غير متزوجين، وهذا الحكم للأحرار وأما العبيد فعليهم نصف ما على الأحرار والحدّ لهم خمسين جلدة، وبما إن على المحصنة المُسلمة الحرة الزانية مائة جلدة إذاً على المحصنة الأمة الزانية خمسين جلدة. وقال الله تعالى:
{فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ }
صدق الله العظيم [النساء:25]

Adakah kalian berpendapat bahawa ayat ini termasuk ayat-ayat yang menerangkan, yang muhkamat lagi menjelaskan, yang terdiri dari ayat-ayat yang tidak perlu kepada takwil lagi (muhkamat), melihat kepada betapa jelasnya keterangan ayat-ayat ini kerana ianya termasuk Ummul Kitab?

Aku akan beritahukan kepada kalian kalimah

Az-Zaani(الزاني)
atau
Az-Zaaniyah (الزانية)

Az-Zaani atau Az-Zaaniyah adalah orang-orang yang tidak memelihara kemaluan mereka dari selain pasangan mereka.

Tidak halal kemaluan mereka itu melainkan terhadap isteri atau suami mereka, kerana itu Allah SWT menghukum mereka dengan 100 kali sebatan bagi lelaki dan wanita, sama sahaja bagi yang telah menikah maupun yang bujang, dan demikian ini merupakan hukuman bagi orang yang merdeka.

Adapun hukuman bagi kalangan hamba, maka terhadap mereka dikenakan separuh hukuman dari yang dikenakan terhadap kalangan merdeka, jadi hukuman untuk mereka (kalangan hamba) adalah 50 kali sebatan.

Jadi, sebagaimana terhadap penzina wanita muslimah merdeka yang bersuami itu dikenakan hukuman sebanyak 100 kali sebatan, maka dengan demikian terhadap penzina wanita kalangan hamba yang bersuami adalah sebanyak 50 kali sebatan.

Allah SWT berfirman:

dan apabila mereka telah menjaga diri dengan kawin, kemudian mereka mengerjakan perbuatan yang keji [zina], maka atas mereka separuh hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami.
Maha Benar Allah yang Maha Agung



أم إن الله قد استبدل حد الزنى في آية أخرى؟ فإن جميع الآيات اللاتي يبدلهن الله بآيات محكمات أخرى فإن جميع الآيات التي تبدل حكمهن موجودات في القرآن العظيم أجمعين وبقي لفظهن ولايؤخذ بحكمهن بل يؤخذ بحكم الآية التي جاءت بدلاً لها. إذاً فأتوني بآية الرجم إن كنتم صادقين.

Atau adakah Allah SWT telah mengubah hukuman bagi penzina dalam ayat yang lain? Kerana bahawasanya semua ayat-ayat yang Allah gantikannya dengan ayat-ayat muhkamat yang lain, maka seluruh ayat-ayat yang hukumnya telah ditukar itu ada dalam Al-Qur'an yang agung kesemuanya.

Dan yang tinggal hanya lafaznya sahaja sedang hukum ayat-ayat itu tidak diterima pakai, namun hukum yang diambil dan dipegang adalah hukum ayat-ayat yang datang menggantikannya. Jika demikian, datangkanlah oleh kalian ayat hukuman rajam jika sungguh kalian adalah orang-orang yang benar.



وسلام على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين.

إمام المُسلمين الهادي بكتاب الله وسنة رسوله إلى الصراط المُستقيم
المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

Imam kaum muslimin yang memberi petunjuk dengan Kitabullah
dan Sunnah Rasul-Nya ke Jalan Yang Lurus,
Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani


ــــــــــــــــــــــــــ

-sumber (https://mahdialumma.xyz/showthread.php?p=49609)-