المساعد الشخصي الرقمي

مشاهدة النسخة كاملة : Sesungguhnya yang benarbenar takut kepada Allah di antara hambahambaNya hanyalah ulama



Admin
19-10-2015, 02:08 PM
>المصدر (https://mahdialumma.xyz/showthread.php?t=1123)<


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
01 - 04 - 1431 هـ
17 - 03 - 2010 مـ
09:49 مســاءً

ـــــــــــــــــــــــــ


{‏ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ‏ }

{Sesungguhnya Yang Benar-benar Takut Kepada Allah Di Antara Hamba-hamba-Nya Hanyalah Ulama}


بسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، والصلاة والسلام على مُحمد وآله التوابين المُتطهرين وسلامٌ على المُرسلين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah beserta keluarganya yang bertaubat dan membersihkan diri mereka dari syirik, salam sejahtera ke atas para Utusan beserta orang-orang yang mengikuti mereka dengan ihsan hingga Hari Pembalasan..


أخي السائل؛ إنما العلم الذي يرفع درجات المؤمنين هو العلم في معرفة عظمة وصفات ربهم الذي خلقهم سبحانه، ولن تجدوا من يخشى اللهَ إلا العُلماءُ بمعرفة ربّهم سواء يكون عالم دينٍ أو أميّ لا يقرأ ولا يكتب، فلن يخشَ اللهَ من عباده إلا العُلماء بمعرفة عظمة ربهم سبحانه، تصديقاً لقول الله تعالى:
{‏ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ‏ }‏صدق الله العظيم [فاطر:28]

Saudaraku yang bertanya; Sesungguhnya ilmu pengetahuan yang mengangkat kedudukan dan meninggikan derajat orang-orang beriman adalah ilmu pengetahuan makrifat pada kemahaan dan keagungan Tuhan serta sifat-sifat-Nya, Yang Maha Menciptakan mereka Maha Suci Dia, kalian tidak akan temukan orang yang benar-benar takut kepada Allah kecuali para alim ulama yang mengenal-Nya.

Mereka adalah orang-orang yang makrifat terhadap Tuhan mereka, sama sahaja apakah dia seorang alim dalam agama atau seorang yang ummi tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis, kerana tidak akan benar-benar takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya selain ulama yang bermakrifat terhadap kemahaan dan keagungan Tuhan mereka Maha Suci Dia.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama
Maha Benar Allah
[Al-Faathir]


وبيان ذلك: لا يخاف اللهَ مِنْ كافة عباده إلا العُلماءُ بمعرفة ربّهم فيقْدِّروه حق قدْره فيُكبّروه تكبيراً سبحانه وتعالى علواً كبيراً ويتوصلون إلى معرفة عظمة الله بالتفكّر في أنفسهم، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ) ﴿21﴾ } صدق الله العظيم [الذاريات]

Bayan yang demikian: Tidak ada yang takut kepada Allah dari seluruh hamba-Nya kecuali para ulama yang makrifat pada Tuhan mereka, lalu mereka mengagungkan-Nya dengan pengagungan yang semestinya, mereka benar-benar membesarkan dan mengagungkan Tuhan mereka Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Mereka dapat sampai kepada makrifat ilmu pengetahuan pada keagungan Allah dengan bertakaffur, memikirkan dan membuat perenungan dalam diri mereka, pembenaran terhadap firman Allah:
dan [juga] pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21)
Maha Benar Allah
[Adz-Dzaariyaat]


فيتفكر في نفسه، فهل هو الذي خلق نفسه؟ وجوابه معلوم: كلا، إذاً من خلقه؟ فلا بُدَّ أن يكون له خالقٌ لأن العقل والمنطق يرفض أن يكون وجوده من غير شيءٍ أوجده، ومنطق العقل من الكتاب يقول إن لكُل فعلٍ فاعلٌ، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ } صدق الله العظيم [الطور:35]

Lantaran itu dia bertafakkur memikirkan tentang dirinya, adakah dia yang menciptakan dirinya sendiri? Jawabannya maklum: Tidak sekali-kali, lalu siapa yang menciptakan dirinya? Tentulah ada Sang Pencipta yang menciptakan dirinya, kerana akal fikiran dan logik akan menolak keberadaan wujud dirinya tanpa ada sesuatu yang mewujudkannya.

Logika akal fikiran dari Kitabullah menyatakan bahawa setiap perbuatan pasti ada pembuatnya, setiap perlakuan tentu ada pelakunya, setiap pekerjaan mesti ada yang mengerjakannya, benarlah firman Allah Ta'ala:

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun (yang menciptakan) ataukah mereka yang menciptakan [diri mereka sendiri]? (35)
Maha Benar Allah
[Ath-Thuur]


بمعنى أنه لا بدّ أن يكون لهم شيءٌ آخر خلقهم إلا في حالةٍ واحدةٍ أن يكونوا هم الذين خلقوا أنفسهم! ولكن الإنسان يعلمُ أنّه ليس من خلق نفسه، فمن الذي خلقه؟ فلا بدّ أن يكون هناك له شيء سواه قام بخلقه فيتوصل أنّ له رباً خلقه وهو الله الذي ليس كمثله شيء وهو اللطيف الخبير، ومن ثم ينظر إلى ما حوله في الأرض فيجد الكثير من آيات ربّه الدالّة على وحدانيتِهِ وعظمتِهِ سبحانه حتى يوقن بعظمة ربّه، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿٢٠﴾وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٢١﴾ }
صدق الله العظيم [الذاريات]

Maknanya, tentulah ada sesuatu lain "Yang Maha Menciptakan" mereka, kecuali dalam satu keadaan di mana mereka yang menciptakan diri mereka sendiri! Akan tetapi manusia tahu bahawa bukan dirinya yang menciptakan dirinya sendiri, lalu siapa pula yang menciptakan dirinya? Pasti ada bagi manusia itu sesuatu selainnya, "Sesuatu Yang Maha Menciptakannya", maka manusia dapati bahawa dirinya mempunyai Tuhan Yang Maha Menciptakan mereka, Dia-lah Allah, yang tiada suatu apapun serupa dengan-Nya, sedang Dia Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.

Lalu kemudian manusia melihat segala sesuatu di sekitarnya yang ada di bumi, maka manusia menemukan bahawa segala sesuatu itu adalah ayat-ayat dan tanda-tanda dari Tuhannya, yang menunjukkan Keesaan Tuhan dan Keagungan-Nya, Maha Suci Dia, sampailah manusia itu meyakini Kebesaran dan Keagungan Tuhannya, benarlah firman Allah Ta'ala:

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang yakin, (20) dan [juga] pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21)
Maha Benar Allah
[Adz-Dzaariyaat]


ويتفكّر فيما حوله تصديقاً لقول الله تعالى:
{ أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الْأِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ } صدق الله العظيم [الغاشيه:17]

Lantas manusia bertafakkur memikirkan segala sesuatu yang ada di sekitarnya, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, (17) Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? (18)
Maha Benar Allah
[Al-Ghaasyiah]


ومن بعد التفكّر يزداد يقيناً بمعرفة ربّه ولقائه لأنّه توصل إلى نتيجة علم اليقين بالعقل والمنطق أنه لا يمكن أن يخلق الله هذا الخلق كله باطلاً وعبثاً سبحانه! ومن ثم يتوصل إلى مخافة الله فيخشى عذابه فيستعد للقائه.
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } صدق الله العظيم [آل عمران:191]

Lalu setelah manusia bertafakkur dengan memikirkan, maka manusia menjadi bertambah keyakinan makrifat terhadap Tuhannya, yakin akan kembali menemui-Nya, kerana manusia sampai pada natijah keputusan dengan ilmu yakin, berdasarkan akal fikiran dan logik bahawa tidak mungkin Allah menciptakan semua ini dengan sia-sia tanpa tujuan, Maha Suci Dia! Kemudian setelah itu datanglah pada manusia rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap Allah, maka mereka merasa gentar akan azab seksaan-Nya dan membekali diri mereka dengan persiapan untuk (mati) menghadap-Nya.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

[yaitu] orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (191)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]


أولئك هم عباد الله العلماء بعظمة ربّهم من خلال التفكر في خلقه سبحانه فيتوصلون إلى اليقين، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿٢٠﴾وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٢١﴾ }
صدق الله العظيم [الذاريات]

Mereka itulah hamba-hamba Allah, para ulama yang mengetahui Kebesaran dan Keagungan Tuhan mereka, melalui bertafakkur dan memikirkan ciptaan-ciptaan Allah Maha Suci Dia, lantas mereka mendapatkan keyakinan.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang yakin, (20) dan [juga] pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21)
Maha Benar Allah
[Adz-Dzaariyaat]


فمن عرف الله فهو من العلماء بمعرفة ربّه، ولن يخشاه سواهم من عباده, وأما الذين لا يتفكرون في عظمة ربّهم فهم غافلون عن الحقّ مهما علموا فهم جاهلون، فمن جهل الله فقد جهل العلم كله، ومن عرف الله فقد عرف العلم كله ولا ينقصه إلا البصيرة من ربّه فيتعلمها أو يسأل عنها الذي تعلمها، كيف يعبد ربّه من بعد اتخاذ قراره أن لا يعبد إلا الله وحده لا شريك له فاطر السماوات والأرض؟ وأول حُجّة على الإنسان الملحد لإقناعه هو خلقه. وقال الله تعالى:
{ وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا ﴿49﴾ ۞ قُلْ كُونُوا حِجَارَةً أَوْ حَدِيدًا ﴿50﴾ أَوْ خَلْقًا مِّمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ ۚ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا قُلِ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ قُلْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ قَرِيبًا ﴿51﴾ يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا ﴿52﴾ }
صدق الله العظيم [الإسراء]

Oleh itu, barangsiapa yang mengenal Allah, maka dia termasuk ulama yang makrifat terhadap Tuhannya, tiada yang benar-benar takutkan Allah dan gentar terhadapNya selain dari mereka di antara hamba-hamba-Nya.

Adapun orang-orang yang tidak bertafakkur, tiada memikirkan keagungan Tuhan mereka, maka mereka itu adalah orang-orang yang lalai terhadap Al-Haqq meskipun mereka berilmu, kerana mereka sebenarnya adalah orang-orang jahil.

Barangsiapa yang jahil terhadap Allah, maka sesungguhnya dia jahil terhadap seluruh ilmu, dan barangsiapa yang mengenal Allah, maka sesungguhnya dia telah mengetahui ilmu seluruhnya, sedikitpun tiada berkurang padanya kecuali bashirah ilmu pengetahuan berupa hujjah yang nyata dari Tuhannya.

Lalu setelah mengenal Tuhannya dia mempelajari bashirah ilmu pengetahuan itu dari Tuhan atau bertanya mengenainya kepada orang yang mengajarkannya, bagaimana dia dapat beribadah untuk menyembah Tuhannya setelah dia mengakui dan berikrar, bahawa dia tidak akan menyembah selain Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, Yang Menciptakan langit dan bumi
?

Hujjah pertama untuk manusia atheist untuk memuaskannya dan membuat dia yakin adalah kejadian dirinya sendiri.

Allah Ta'ala berfirman:

Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?" (49)

Katakanlah: "Jadilah kamu sekalian batu atau besi, (50)

atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin [hidup] menurut pikiranmu". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata, "Kapan itu [akan terjadi]?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (51)

yaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu mengira, bahwa kamu tidak berdiam [di kubur] kecuali sebentar saja. (52)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]


وهكذا تُحاجّون المُلحدين حتى تُعرِّفونهم بربّهم الذي لم يخلقهم عبثاً علَّهم يحذرون فيدركون الحكمة من خلقهم فيعبدون الله وحده لا شريك له الذي خلقهم ليعبدوه وحده لا شريك له علهم يرشدون، وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..

Seperti itulah kalian dapat menghujjah orang-orang atheist, agar kalian dapat memperkenalkan kepada mereka akan Tuhan mereka, yang tidak menciptakan mereka secara main-main tanpa tujuan mudah-mudahan mereka berwaspada dan beringat, agar mereka tahu dan menyadari hikmah dari penciptaan mereka adalah untuk menyembah Allah Yang Maha Esa semata-mata tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menciptakan mereka supaya mereka mengenal-Nya dan menyembah-Nya semata-mata tiada sekutu bagi Allah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk kebenaran, salam ke atas para Utusan dan segala pujian tertentu hanya bagi Allah Tuhan Penguasa Alam Semesta..


أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني

Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

...............................

sumber:
https://mahdialumma.xyz/showthread.php?t=1123