>المصدر<
رد صاحب علم الكتاب المهدي بالجواب من الكتاب لأولي الألباب: حول مواقيت الصلاة الخمس عمود الدين..
Balasan yang empunya ilmu pengetahuan Al-Qur'an dengan jawaban dari Al-Qur'an untuk orang-orang yang memikirkan: Mengenai waktu-waktu sholat yang lima sebagai pilar pengokoh agama..
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
18 - 08 - 1428 هـ
01 - 09 - 2007 مـ
07:11 pm
ـــــــــــــــــــــــــ
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين محمد - رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلم - وعلى جميع الأنبياء والمرسلين الذين من قبله وعلى جميع المسلمين التابعين ومن ابتغى غير الإسلام دينا فلن يُقبل منه وهو في الآخرة لمن الخاسرين ولا نفرّق بين أحد من رُسله ونحنُ له مُسلمون، ثم أمّا بعد..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad Rasulullah SAW, serta ke atas seluruh para Nabi dan Rasul sebelumnya.
Juga ke atas semua orang yang berserah diri kepada Tuhannya, yang menjadi para pengikut para Nabi dan Rasul, barangsiapa yang menginginkan selain Islam sebagai agamanya, maka tiadalah diterima darinya sedang di akhirat nescaya dia termasuk kalangan yang merugi.
Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari para Rasul dan kami adalah orang-orang muslim yang berserah diri pada Allah, amma ba'd..
إليكم الجواب على السؤال الأول وأهم الأسئلة أجمعين حول مواقيت الصلاة الخمس عمود الدين:
Untuk kalian jawaban terhadap soalan pertama dan yang terpenting sekali, yaitu mengenai waktu-waktu sholat fardhu yang lima sebagai tiang agama:
عليك أن تعلم أيها السائل بأن أمر الصلاة قد تلقّاهُ مُحمدٌ رسول الله مُباشرةً بالتكليم من وراء الحجاب ليلة الإسراء إلى المسجد الأقصى والمعراج إلى سدرة المُنتهى ليُريه الله من آياته الكُبرى بعين اليقين؛ بالعلم لا بالحُلم، وكذلك مرّ بأصحاب النّار الذين يدخلونها بغير حساب قبل يوم الحساب من شياطين الجنّ والإنس، وكذلك الذين تأخذهم العزة بالإثم بعد ما استيقن الحقّ أنفسهم فأعرضوا عنه وهم يعلمون أنّه الحقّ من ربّهم، أولئك يدخلون النّار بغير حساب قبل يوم الحساب، ويوم الحساب يُدخلون أشدُّ العذاب.
Perlu engkau ketahui wahai yang bertanya, bahawa perintah sholat diterima oleh Muhammad Rasulullah SAW secara langsung dengan firman Tuhan dari balik hijab, pada malam Isra’ ke Masjidil Aqsho dan Mi’raj ke Sidratul Muntaha, agar Allah memperlihatkan kepada NabiNya tanda-tanda kekuasaanNya yang hebat dengan Ainul Yakin dalam keadaan sadar bukannya mimpi.
Demikian juga Nabi SAW telah melewati penghuni Neraka, yakni orang-orang yang masuk ke dalamnya tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan dari kalangan syaitan jinn dan manusia, demikian juga orang-orang yang bangkit kesombongan dalam diri mereka menyebabkan mereka berbuat dosa, setelah diri mereka mengetahui kebenaran dengan pasti, namun mereka mengabaikan dan berpaling dari kebenaran itu, padahal mereka mengetahui bahawa ianya benar dari Tuhan mereka, merekalah orang-orang yang masuk ke dalam Neraka tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan, sedang pada Hari Perhitungan kelak mereka akan masuk ke dalam seksaan yang amat dahsyat.
وقد مرّ مُحمدٌ - رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلم - بأصحاب النّار في طريقه ليلة الإسراء بجسده وروحه فشاهد أصحاب النّار بعين اليقين عِلماً وليس حُلُماً، بل أُسري به بقدرة الله الواحد القهّار تصديقاً لقول الله تعالى في كتابه القُرآن العظيم:
{وَإِنَّا عَلَىٰ أَن نُّرِيَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُونَ ﴿٩٥﴾}
صدق الله العظيم [المؤمنون]
Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah melalui penghuni-penghuni Neraka dalam perjalanan pada malam Isra’ dengan jasad dan rohnya, maka Nabi SAW melihat penghuni Neraka dengan Ainul Yakin secara sedar dan bukannya mimpi;
Bahkan Nabi SAW diIsra’kan (dibawa menempuh perjalanan) dengan Qudrah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.
Benarlah firman Allah SWT dalam KitabNya Al-Qur’an yang agung:
Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]
وكان ذلك برغم المسافة العُظمى بين الثرى وسدرة المُنتهى والتي جعلها الله مُنتهى المعراج للمخلوق وما بعدها الخالق، وتلك الشجرة المُباركة لا شرقيّة ولا غربيّة نظراً لأنّها تُحيط بعرش الملكوت كُله شرقاً وغرباً.
Demikianlah, meskipun jarak yang besar antara bumi dan Sidratul Muntaha, yang telah Allah SWT jadikannya sebagai puncak penghabisan Mi’raj bagi makhluk, sedang yang ada setelah itu adalah Al-Khaliq, Sang Pencipta.
Sidratul Muntaha itu adalah pohon yang diberkahi, tidak di timur dan tidak di barat kerana ia meliputi Arasy Malakut seluruhnya timur dan barat.
ولو كانت شرقيّة لعلمنا أنها صغيرةُ الحجم، نظراً لتواجدها في مكان بناحية الشرق، ولو كانت غربيّة لرأينا الأمر كذلك. وبرغم جهة المشارق وجهة المغارب فلو كانت صغيرة لكانت إما شرقيّة وإما غربيّة، ولكنّا وجدناها في القُرآن بأنّها ليست شرقيّة وليست غربيّة.
ومن ثم بحثنا عن هذا الشجرة المُباركة وعن سرها وموقعها فوجدناها هي العرش الأعظم والمُحيط بالسموات والأرض؛ بل وتحيط بالجنّة التي عرضها كعرض السموات والأرض.
Sekiranya di timur tentu kita tahu bahawa dimensinya kecil, kerana keberadaannya pada tempat di arah timur, dan jika ianya di barat tentulah kita dapati perkara itu demikian juga. Begitu pula meskipun arah seluruh timur dan barat, jika ianya kecil tentulah kedudukannya sama ada berada di timur atau di barat.
Akan tetapi kita dapati pohon yang diberkahi itu di dalam Al-Qur’an, bahawasanya ia tidak di timur dan tidak pula di barat, kerana itu kita menyelidiki pohon yang diberkahi ini, mencari rahsianya dan tempatnya, maka kita dapati bahawa ia adalah Arasy Agung, yang meliputi seluruh langit dan bumi; bahkan meliputi Syurga yang seluas langit dan bumi.
وقد يودّ سائل أن يقول إذا كانت الجنّة عرضها السموات والأرض فكم الطول؟ ومن ثُمّ نقول ليس للكرة طول بل عرض، والكون كرة وتحيط به أربعة عشر كرة وهُن السموات السبع والجنّة التي عرضها السموات والأرض، وكُل سماء أوسع حجماً من التي قبلها. بمعنى أن السماء الدُنيا هي أصغر السموات السبع، وهي الطبق الأول فتأتي من بعدها طبق السماء الثانية وهي الدور الثاني، فتكون أكبر حجماً من الأولى، وكُل بناء سماء يحيط بالرقم الأدنى منه إلى أكبر السموات وهي الرقم سبعة أوسعهن حجماً، وتُحيط السماء السابعة بالسموات الست جميعاً وهي أوسعهن حجماً، وذلك معنى قوله تعالى:
{وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ ﴿٤٧﴾}
صدق الله العظيم [الذاريات]
Barangkali ada yang mahu bertanya:
“Jika Syurga itu seluas langit dan bumi, maka berapa panjang
?”
Untuk ini kami katakan:
Tidak ada panjang bagi bulatan; tapi keluasan, kerana alam semesta ini adalah bulatan yang dikelilingi oleh empat belas bulatan, ianya merupakan tujuh lapis langit dan Syurga yang seluas langit dan bumi.
Setiap langit lebih luas dimensinya dari langit yang berada sebelumnya, bermakna langit dunia ini adalah dimensi langit yang terkecil dari ketujuhnya, dan ia adalah tingkatan langit pertama.
Maka setelah langit pertama adalah tingkatan langit kedua yang lebih besar dimensinya dari yang pertama, dan setiap binaan langit itu mengelilingi angka yang paling rendah darinya hingga ke langit yang terbesar, ia merupakan angka tujuh, binaan langit yang paling luas dimensinya.
Langit ketujuh ini mengelilingi langit yang keenam seluruhnya kerana ia adalah langit yang paling luas dimensinya dari tingkatan langit yang lain.
Demikianlah makna dari firman Allah SWT:
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan [Kami] dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (47)
Maha Benar Allah
[Adz-Dzaariyat]
بمعنى أن كُل سماء تُحيط بالأدنى منها، فالسماء الأولى تُحيط بها السماء الثانية لأنها أوسع منها حجماً، وكلما ارتفعت في السموات تجد بنائهن أوسع فأوسع إلى السماء السابعة، ومن ثُمّ يأتي من بعد ذلك كُرة الجنّة التي عرضها كعرض السموات والأرض إلى الأرض الأُمّ مركز الانفجار الكوني، ومن ثُمّ يأتي من بعد ذلك الشجرة المُباركة والتي تُحيط بما خلق الله أجمعين ومنتهى ما خلقه الله ومنتهى حدود الملكوت الشامل فتحيط بما قد خلق وهي تُحيط بالخلائق، وأعلى منها الخالق يغشى السدرة ما يغشى من نور وجهه تعالى، بل هي عَلَمٌ كبير يُعرف بها موقع الجنّة التي هي أقرب شيء إليها.
Ini bermakna setiap langit meliputi langit yang lebih rendah darinya, maka langit yang pertama dikelilingi oleh langit yang kedua kerana ia lebih luas dimensinya, dan semakin engkau naik meninggi engkau akan dapati binaan langit yang lebih luas dan lebih luas lagi hingga ke langit ketujuh.
Kemudian setelah itu diikuti oleh bulatan Syurga yang seluas langit dan bumi, bumi induk kita ini adalah pusat ledakan alam semesta. Lalu setelah yang demikian itu adalah pohon yang diberkahi, yang mengelilingi dan meliputi segala yang diciptakan oleh Allah seluruhnya, dan merupakan akhir dari seluruh ciptaan Allah SWT, dan akhir dari batasan-batasan alam malakut seluruh semesta, dengan meliputi dan mengelilingi semua yang telah Allah SWT ciptakan.
Pohon yang diberkahi itu meliputi dan mengelilingi seluruh makhluk, dan yang melampaui semua itu adalah Al-Khaliq, yang mana Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya dari nur wajahNya SWT.
Bahkan Sidratul Muntaha adalah tanda besar yang dengannya dapat diketahui kedudukan tempat Syurga yang paling dekat dengan Sidratul Muntaha.
وبما أنا نعلم بأن الجنّة عرضها كعرض السماء والأرض ولكنّا نجد بأن سدرة المُنتهى أعظم حجماً من الجنّة التي تُحيط بالسموات والأرض. وقد وصف الله لكم حجمها في القُرآن العظيم لمن يتدبر ويتفكر. وقال الله تعالى:
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾}
صدق الله العظيم [النجم]
Memandangkan kita mengetahui bahawa Syurga itu seluas langit dan bumi, akan tetapi kita mendapati bahawa Sidratul Muntaha adalah lebih besar dimensinya dari Syurga yang meliputi langit dan bumi.
Sesungguhnya Allah SWT telah menggambarkan dimensinya kepada kalian dalam Al-Qur’an yang agung, bagi sesiapa yang mentadabburi dan mentafakkurinya.
Allah SWT berfirman:
Di dekatnya ada surga tempat tinggal, (15)
Maha Benar Allah
[An-Najm]
فإن سألني أحدكم عن بيت فلان فقلت لهُ: الجبل الفُلاني عند بيت فُلان الذي تسأل عنه لقاطعني قائلاً: كيف تجعل الجبل وهو الأكبر علامة للبيت وهو الأصغر!! بل قُل: بيتُ فُلان عند الجبل الفُلاني. فأقول له: صدقت وصدق الله العظيم وقال:
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ}
وذلك لأن السدرة أكبر حجماً من الجنّة التي عرضها كعرض السموات والأرض. أم تظنونها شجرة صغيرة؟ فكيف تكون الجنّة عندها وأنتم تعلمون بأنّ الجنّة عرضها السموات والأرض أفلا تتفكرون؟!
Sekiranya seseorang dari kalian bertanya padaku mengenai rumah si fulan, lalu aku katakan padanya:
"Gunung si fulan ada di dekat rumah si fulan yang engkau tanyakan"
Tentu dia akan menyelaku dengan berkata:
“Bagaimana engkau dapat menjadikan gunung yang besar sebagai alamat bagi rumah yang kecil? Namun katakanlah rumah si fulan di dekat gunung si fulan”
Maka aku katakan padanya engkau benar dan benarlah Allah Yang Maha Agung, Dia berfirman:

Demikian ini kerana Sidratul Muntaha itu lebih besar dimensinya dari Syurga yang seluas langit dan bumi.
Ataukah engkau menyangka ianya pohon yang kecil lalu bagaimana Syurga dapat berada di dekat Sidratul Muntaha padahal kalian mengetahui bahawa Syurga itu seluas langit dan bumi! Mengapakah kalian tidak memikirkannya
?
بل هي من آيات ربّه الكُبرى التي رآها مُحمد رسول الله في مُنتهى موقع المعراج فتلقى الكلمات من ربّه من ورائها. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ}
صدق الله العظيم [الشورى:51]
Bahkan Sidratul Muntaha itu adalah bahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang besar, yang disaksikan oleh Muhammad Rasulullah SAW di akhir tempat Mi’raj, maka Nabi SAW menerima kalimat-kalimat Tuhannya dari sebalik Sidratul Muntaha itu.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari sebalik hijab (51)
Maha Benar Allah
[Asy-Syura]
وهل تظنون الله كلّم موسى تكليماً في البقعة المُباركة جهرة؟
بل من الشجرة المباركة وقربه الله نجياً وموسى عليه الصلاة والسلام في الأرض. وقال الله تعالى:
{فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ ربّ العالمين ﴿٣٠﴾}
صدق الله العظيم [القصص]
Apakah kalian menyangka Allah berkata-kata kepada Musa AS dengan sebenar-benarnya pada tempat yang diberkahi secara terbuka
?
Padahal Allah berkata-kata dari sebalik pohon yang diberkahi, maka Allah SWT mendekatkan Musa AS kepadaNya sewaktu Musa AS munajat sedang dia berada di bumi.
Allah SWT berfirman:
Maka tatkala Musa sampai ke [tempat] api itu, diserulah dia dari [arah] pinggir lembah sebelah kanan, di tempat yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: "Ya Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan Semesta Alam. (30)
Maha Benar Allah
[Al-Qasas]
ولربّما يستغل الضالّون هذه الآية فيؤولونها بالباطل، فأمّا قوله تعالى في شطر الآية الأول فيتكلم عن موقع موسى بأن موقعه في البقعة المُباركة من شاطئ الوادي الأيمن، وأما موقع الصوت فهو من الشجرة لذلك قال الله تعالى بأنه كلم موسى من الشجرة. وقال سبحانه:
{نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ ربّ العالمين ﴿٣٠﴾}
صدق الله العظيم [القصص]
Barangkali orang-orang yang sesat akan sibuk terhadap ayat ini lalu mereka menerangkannya dengan batil. Adapun firman Allah SWT pada bahagian ayat yang awal, maka ianya menyatakan tentang tempat Musa, bahawa kedudukannya adalah di tempat yang diberkahi dari pinggir lembah di sebelah kanan.
Adapun tempat suara (firman Allah), maka ia datang dari arah pohon. Kerana itu Allah SWT berfirman menyatakan bahawa Dia berkata-kata dengan Musa AS dari arah balik pohon itu.

وأما النّار فالحكمة منها إحضار موسى إلى البقعة المُباركة، وهي في الحقيقة نور وليست نار وإنّما حسب ظنّ موسى أنّها نارٌ، ولكنهُ حين جاءها فلم يجدها ناراً بل نورٌ آتٍ من سدرة المُنتهى، ولكن لم يرى موسى بأنّ هذا الضوء آتٍ من السماء؛ بل كان يراه جاثماً على الأرض، فأدهش ذلك موسى عليه الصلاة والسلام، ومن ثُمّ وضع رجله على ذلك الضوء الجاثم على الأرض فلم يشعر له بحرارة مُستغرباً من هذا الضوء الجاثم على الأرض، فإذا بالصوت يُرحب به من الشجرة (سدرة المُنتهى) :
{نُودِيَ أَن بُورِكَ مَن فِي النّار وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ ربّ العالمين ﴿٨﴾}
صدق الله العظيم [النمل]
Adapun api (Naar) itu, maka hikmah darinya adalah untuk (menarik) kehadiran Musa AS ke tempat yang diberkahi itu, sedang ia pada hakikatnya adalah cahaya (Nuur) dan bukannya api (Naar).
Hanya sahaja ianya adalah menurut persangkaan Musa AS bahawa cahaya itu adalah api, akan tetapi ketika Musa AS tiba di situ, dia tidak menemukannya sebagai api, bahkan ianya adalah cahaya yang datang dari Sidratul Muntaha.
Akan tetapi Musa AS tidak melihat bahawa cahaya itu datang dari langit, namun Musa AS melihat cahaya itu menerangi bumi, membuatkan Musa AS kagum dan hairan terhadap yang demikian.
Lalu dia meletakkan kakinya atas cahaya yang terang menerangi bumi itu, dan Musa tidak merasakan kepanasannya kerana kekaguman dan terpesona terhadap cahaya terang benderang itu, lalu tiba-tiba ada suara yang mempersilakannya dari pohon Sidratul Muntaha:
Maka tatkala Musa tiba di [tempat] api itu, diserulah dia: "Bahwa telah diberkati orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam". (8)
Maha Benar Allah
[An-Naml]
فأمّا الذي بورك فهو موسى بعد دخوله دائرة النّور التي ظنّها ناراً، ومن ثُمّ رأى بأن النّور في الحقيقة مُنبعثٌ من السماء فرفع رأسه ناظراً لنور ربّه المُنبعث من سدرة المُنتهى ومن ثُمّ عرّف الله لموسى بأن هذا النّور مُنبعث من نور وجهه سُبحانه لذلك قال الله تعالى:
{يَا مُوسَىٰ إِنَّهُ أَنَا اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٩﴾}
صدق الله العظيم [النمل]
Adapun orang yang diberkahi, maka dia adalah Musa AS setelah dia memasuki daerah cahaya yang disangkanya api, lalu Musa AS melihat bahawa cahaya itu sebenarnya terpancar dari langit.
Maka Musa mengangkat kepalanya mendongak untuk melihat cahaya Tuhannya yang memancar dari Sidratul Muntaha, lalu kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya bahawa cahaya itu memancar dari Cahaya WajahNya SWT, kerana itu Allah SWT berfirman:
Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, (9)
[An-Naml]
وذلك لأن الله نور السموات والأرض ومن لم يجعل الله لهُ نور فما لهُ من نور، ولا يزال لدينا الكثير من البُرهان لتأويل الحقّ لهذه الآية والذي يُريد أن يستغلها المسيح الدجال فترون ناراً سحرية لا أساس لها من الصحة. ثم ترونه إنساناً في وسطها فيكلمكم، وخسئ عدو الله ولأنه يقول بأنّه أنزل هذا القُرآن سوف يعمُد إلى هذه الآية وقد روّج لها أولياؤه بالتأويل بالباطل للتمهيد له، ولكننا نعلم بأنّ الله ليس كمثله شيء فلا يُشبه الإنسان وليس كمثله شيء من خلقه في السموات ولا في الأرض. وهيهات هيهات لما يمكرون، وليس الله هو النّور بل النّور ينبعث من وجهه تعالى علواً كبيراً. وقال سُبحانه وتعالى:
{اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شرقيّة وَلَا غربيّة يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿٣٥﴾}
صدق الله العظيم [النور]
Demikian ini kerana Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan barangsiapa yang Allah SWT tidak menjadikan cahaya untuknya maka tiadalah baginya cahaya.
Kami masih memiliki banyak bukti bagi takwil yang haq terhadap ayat ini, dan yang mahu menggunakan ayat ini adalah Al-Masih Ad-Dajjal, di mana kelak kalian akan melihat api sihir yang tiada asas yang shahih baginya, kemudian kalian akan melihat seorang insan berada di tengah-tengah api itu lalu dia berkata-kata kepada kalian sedang dia adalah musuh Allah yang terusir.
Dia akan mengatakan bahawa dia yang menurunkan Al-Qur’an ini, kelak dia akan membawa ayat ini kerana sesungguhnya penolong-penolongnya telah menyebarkan takwil yang batil terhadap ayat ini bagi memudahkan Dajjal beraksi.
Namun kita mengetahui bahawa Allah SWT itu, tidak ada sesuatu apapun yang setara dengan Dia, maka Dia tidak menyerupai seorang insan kerana tiada suatu apapun yang dapat menyamaiNya dari ciptaanNya di langit dan tidak juga di bumi, maka jauh, jauh sekali makar tipudaya yang mereka rencanakan itu.
Allah SWT bukan Cahaya itu, akan tetapi Cahaya itu memancar dari WajahNya Maha Suci Dia, Maha Tinggi lagi Maha Agung. Allah SWT berfirman:
Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca [dan] kaca itu seakan-akan bintang [yang bercahaya] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, [yaitu] pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur [sesuatu] dan tidak pula di sebelah barat [nya], yang minyaknya [saja] hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya [berlapis-lapis], Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (35)
Maha Benar Allah
[An-Nur]
فلا تفكروا في ذاته فكيف تتفكروا في شيء ليس كمثله شيء!! وتعرفوا على عظمة الله من خلال آياته بين أيديكم ومن فوقكم ومن تحتكم وتفكروا في خلق السموات والأرض، ومن ثُمّ لا تجدون في أنفسكم إلّا التعظيم للخالق العظيم وأعينكم تسيلُ من الدمع مما عرفتم من عظمة الحقّ سُبحانه ومن ثم تقولون:
{رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ}
صدق الله العظيم [آل عمران:191]
Maka janganlah kalian memikirkan Dzat Allah, kerana bagaimana kalian dapat memikirkan Sesuatu yang tidak ada sesuatu apapun yang serupa denganNya
?
Kenalilah oleh kalian akan keagungan Allah melalui ayat-ayatNya yang ada pada tangan-tangan kalian, melalui tanda-tandaNya di atas kalian dan di bawah kalian, maka fikirkanlah penciptaan langit dan bumi.
Kerana kelak kalian tidak akan menemukan dalam diri kalian kecuali pengagungan terhadap Sang Pencipta (Al-Khaliq) Yang Maha Agung, lalu air mata kalian akan mengalir bercucuran disebabkan keagungan Al-Haqq SWT yang telah kalian ketahui, kemudian kalian akan mengatakan:
Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau peliharalah kami ini dari azab neraka.
Maha Benar Allah
[Ali 'Imran]
وأجبرني على بيان ذلك بُرهان حقيقة المعراج لمُحمدٍ - رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلم - من الثرى إلى سدرة المنتهى بالجسد والروح لكي يرى من آيات ربّه الكُبرى بعين اليقين، ثم يتلقى الوحي مُباشرةً من ربّ العالمين في فرض الصلوات الخمس التي جعلهُنّ الله الصلة بين العبد والمعبود، من أقامهُنّ أقام الدين ومن هدمهُنّ هدم الدين، فانظروا لجواب أهل النّار على المؤمنين السائلين عن سبب دخولهم النار:
{مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣﴾}
صدق الله العظيم [المدثر]
Bukti hakikat Mi’raj Muhammad Rasulullah SAW ini harus aku nyatakan demikian, sebuah perjalanan dari bumi ke Sidratul Muntaha dengan jasad dan ruh, supaya Muhammad Rasulullah SAW menyaksikan tanda-tanda besar dari kekuasaan Tuhannya dengan mata-kepala, dengan kesaksian Ainul Yaqin.
Lalu kemudian Nabi menerima wahyu secara langsung dari Tuhan Semesta Alam mengenai fardhu sholat lima waktu, yang Allah SWT telah menjadikannya sebagai Shilah, sebuah ikatan perhubungan di antara hamba dan Tuhan, antara yang menyembah dan Yang Disembah.
Barangsiapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meruntuhkannya maka dia meruntuhkan agama, kerana itu perhatikanlah oleh kalian akan jawaban penghuni Neraka terhadap orang-orang beriman, yang bertanya mengenai sebab masuknya mereka ke dalam Neraka itu:
Apakah yang memasukkan kalian ke dalam Saqar [neraka]?" (42)
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sholat, (43)
Maha Benar Allah
[Al-Muddatstsir]
وقد يقول أحد المُسلمين من الذين لا يُصلّون: إنما تخص هذه الآية الكفار! ومن ثُمّ نقول لهُ: إذا لم تُصلّي فأنت منهم، والعهد الذي بيننا وبينهم ترك الصلاة فإذا لم يسجد جبينك لربك فأنت مُتكبرٌ بغير الحقّ وعصيت أمر ربّك وأطعت أمر الشيطان في عدم السجود لله ربّ العالمين يوم يُدْعَون وأولياؤهم إلى السجود فلا يستطيعون وقد كانوا يدعون للسجود لله في الدنيا وهم سالمون.
Mungkin ada seseorang dari kaum Muslimin dari kalangan orang-orang yang tidak sholat akan mengatakan:
“Ayat ini hanya khusus untuk orang-orang kafir”
Untuk itu kami katakan padanya:
Jika engkau tidak sholat maka engkau termasuk mereka, kerana jaminan dan perjanjian yang ada di antara kita dan mereka adalah dalam melaksanakan sholat atau meninggalkannya.
Jadi, sekiranya dahimu tidak bersujud untuk Tuhanmu, maka engkau takabbur tanpa alasan yang benar, engkau telah melanggar perintah Tuhanmu kerana mentaati perintah syaitan untuk meniadakan sujud kepada Allah Tuhan Semesta Alam, pada hari penolong-penolong syaitan ini diseru untuk bersujud maka mereka tiada sanggup melakukannya, kerana sesungguhnya mereka dahulu telah diseru agar sujud kepada Allah SWT sewaktu hidup di dunia ini agar mereka selamat.
وأمّا مواقيت الصلوات الخمس فقد جاء ذلك في القُرآن العظيم بأنّ ثلاثاً من الصلوات الخمس جعل الله ميقاتهُنّ في زُلفةً من الليل في أوّله وآخره. ومعنى الزُلفة أي: ميقاتٌ قريبٌ من أوّل النّهار وآخره. وأما اثنتين فجعلهُنّ الله في النّهار فيكونا في طرفي نهار العشي. ونهار العشي من الظُهر وينتهي بغروب الشمس. وقال الله تعالى:
{إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ ﴿٣١﴾ فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَن ذِكْرِ ربّي حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ ﴿٣٢﴾}
صدق الله العظيم [ص]
Adapun waktu-waktu seluruh sholat fardhu yang lima, maka sesungguhnya yang demikian ini telah dinyatakan dalam Al-Qur’an bahawa tiga dari sholat fardhu yang lima itu, telah Allah jadikan waktu-waktunya pada bahagian dari malam, yakni pada awal dan akhirnya.
Makna kalimah Az-Zulfah yakni, waktu-waktu malam yang dekat dari permulaan siang dan akhirnya.
Adapun dua waktu lagi, maka Allah telah menjadikannya pada waktu siang, jadi waktu keduanya adalah pada kedua tepi siang sebelah petang (sore), waktu siang sebelah petang adalah bermula dari waktu Zhuhur dan selesai hingga terbenamnya matahari.
Allah SWT berfirman:
[ingatlah] ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu petang. (31)
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik [kuda] sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan". (32)
Maha Benar Allah
[Shood]
فمن خلال هذه الآية نفهم بأن نهار العشي طرفه الأول حين تكون الشمس بمنتصف السماء وطرفه الآخر عند الغروب، فينتهي وقت صلاة العصر بتواري الشمس وراء الحجاب فيدخل ميقات صلاة المغرب فيستمر إلى غسق الليل فيدخل ميقات صلاة العشاء. وقال الله تعالى:
{وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النّهار وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ}
صدق الله العظيم [هود:١١٤]
Melalui ayat ini, kita memahami bahawa siang sebelah petang, waktu tepinya yang awal adalah ketika matahari berada tepat di tengah langit, dan waktu tepinya yang akhir adalah ketika matahari terbenam.
Maka selesai waktu sholat Asar dengan menghilangnya matahari dari penglihatan, lalu masuknya waktu sholat Maghrib dan berterusan hingga gelap malam, kemudian masuk waktu sholat Isya.
Allah SWT berfirman:
Dan dirikanlah sholat itupada kedua tepi siang (Zhuhur, Asar) dan pada waktu-waktuyang dekat dengan tepi malam (Maghrib, Isya dan Shubuh)
Maha Benar Allah
(Hud)
فأما طَرفي النّهار فهو يتكلم عن نهار العشي وطَرفيه هم الظهر في طرف نهار العشي الأول فيكون عند وقت صلاة الظُهر والطرف الآخر في وقت صلاة العصر إلى الغروب وتواري الشمس بالحجاب.
Adapun kedua tepi siang, maka firman Allah ini mengatakan mengenai siang sebelah petang, dan kedua tepinya itu adalah Zhuhur pada tepi siang sebelah petang yang awal, ianya terjadi ketika waktu sholat Zhuhur dan tepi yang akhir adalah pada waktu sholat Asar hinggalah terbenamnya matahari hilang dari pandangan.
وأما زُلفاً من الليل فقد بينا بأنّ الزُلفة أي الوقت القريب من النّهار سواء في قطع من أول الليل وهو وقت صلاة المغرب والعشاء أو قطع من آخر الليل وهو وقت صلاة الفجر ويمتد ميقاتها إلى لحظة طلوع الشمس.
Adapun waktu-waktu yang dekat dengan tepi malam, maka kami telah menjelaskannya bahawa Al-Zulfah adalah waktu-waktu malam yang hampir dengan waktu siang, sama ada pada bahagian dari awal malam, iaitu waktu sholat Maghrib dan Isya, ataupun bahagian akhir malam iaitu waktu sholat Fajar (Subuh), yang berlanjutan waktunya sampai saat terbitnya matahari.
ولربّما يودّ ابن عُمر أو غيره أن يقول: "مهلاً إنما يقصد طرفي النّهار أي الفجر والمغرب، فكيف تجعل طرف النّهار وسطه؟" . ومن ثم نقول: له اعلم بأن النّهار يتكون من نهار الغدو وهو من طلوع الشمس إلى المُنتصف والإنكسار فيدخل نهار العشي وأطراف نهار الغدو والعشي تحتويهما بالضبط صلاة الظهر. وقال الله تعالى:
{فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النّهار لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ}
صدق الله العظيم [طه:١٣٠]
Barangkali IbnUmar atau selainnya mahu mengatakan:
“Nanti dulu.. yang dimaksudkan kedua tepi siang adalah Fajar dan Maghrib, bagaimana pula engkau menjadikan tepi siang itu berada di pertengahannya?”
Untuk ini kami katakan kepadanya:
Ketahuilah bahawa siang terdiri dari siang sebelah pagi, iaitu dari terbit matahari hingga pertengahan dan kemudian tergelincir, maka masuk waktu siang sebelah petang.
Waktu-waktu tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang ini, terdapat sholat Zhuhur persisnya pada (pertemuan) keduanya.
Allah SWT berfirman:
Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memujiTuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihpulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu disiang hari, supaya kamu merasa senang. (130)
Maha BenarAllah
[Tha Ha]
فأمّا قوله تعالى:
{وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ}
وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة الفجر وينتهي ميقاتها بطلوع الشمس وميقاتها من الدلوك إلى الشروق بطلوع الشمس.
Adapun firman Allah SWT:
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari
Maka itu adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Fajar (Shubuh), dan selesai waktunya dengan terbitnya matahari, waktu sebelum terbit matahari adalah dari mula ia terbenam hingga terbit kembali.
وأما قوله تعالى:
{وَقَبْلَ غُرُوبِهَا}
وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة العصر، وينتهي ميقاتها بتواري الشمس وراء الحجاب.
Adapun firman Allah SWT:
sebelum terbenamnya
Maka yang demikian adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Asar, dan selesai waktunya dengan hilangnya matahari dari pandangan (terbenam).
وأما قوله تعالى:
{وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ}
وهو أوانه الأول ويبتدئ من الشفق بعد الغروب إلى الغسق وذلك ميقات صلاة المغرب والعشاء وهُن قريبات من بعضٍ، فصلاة المغرب منذ أن تتوارى الشمس في الحجاب إلى إقبال الغسق فيدخل ميقات صلاة العشاء وذلك هو أناء الليل ويقصد أوانه الأول من الشفق إلى الغسق.
Adapun firman Allah SWT:
dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari
Maka ianya merupakan waktunya yang awal dan bermula dari mega merah setelah terbenam matahari hingga gelap malam, itulah waktu sholat Maghrib dan Isya.
Kedua-duanya berdekatan satu sama lain, kerana sholat Maghrib bermula sejak hilangnya matahari dari pandangan mata (terbenam) hingga datang gelap malam (hilang mega merah), maka masuklah waktu sholat Isya.
Demikianlah waktu-waktu di malam hari, yang dimaksudkan adalah waktu-waktunya yang awal, iaitu dari senja hingga gelap malam.
وأما قوله تعالى:
{وَأَطْرَافَ النّهار}
وهو مُلتقى أطراف نهار الغدو ونهار العشي ومجمعهما في ميقات صلاة الظهر.
Adapun firman Allah SWT:
dan pada waktu-waktu di siang hari
Maka ianya adalah waktu pertemuan tepi-tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, dan waktu berkumpul kedua-dua itu adalah pada waktu sholat Zhuhur.
ولا أظنّ أحداً الآن سوف يقاطعني ليقول بل معنى قوله وأطراف النّهار أي طرفه من الفجر وطرفه الآخر هو العصر. فنقول: ولكنك كررت صلوات وأضعت أُخَرْ فتدبّر الآية جيداً تجد بأنه ذكر ميقات صلاة الفجر وكذلك ميقات صلاة العصر فكيف تظنّ قوله {وَأَطْرَافَ النّهار} بأنه يقصد صلاة الفجر والعصر وهو قد ذكرهم بقوله تعالى:
{وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا}؟
Aku tidak rasa kelak akan ada seseorang sekarang ini memintasku untuk mengatakan
“Bahkan makna firman Allah ‘dan pada waktu-waktu di siang hari’ yakni tepi siang dari Fajar (Shubuh) dan tepinya yang akhir adalah Asar.”
Maka kami katakan:
Akan tetapi, engkau telah mengulang menyebut sholat-sholat dan mengabaikan sholat yang lain, maka bertadabburlah terhadap ayat ini baik-baik, engkau akan dapati bahawa ianya menyebutkan waktu sholat Fajar dan demikian juga waktu sholat Asar.
Lalu bagaimana pula engkau menyangka firmanNya
“dan pada waktu-waktu di siang hari,”
bermaksud sholat Fajar dan Asar, sedangkan Allah SWT telah menyatakan kedua-dua itu dengan firmanNya:
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
?
إذاً ليس لك الآن إلا أن توقن بأنه حقّاً ميقات صلاة الظهر تكون في مجمع أطراف النّهار ومجمع أطراف نهار الغدوة ونهار الروحة يحتويهما وقت صلاة الظهر.
Jika demikian, tiada bagimu selain meyakini bahawasanya sudah tentu waktu sholat Zhuhur adalah pada pertemuan tepi-tepi siang, dan pada persilangan waktu siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, pada pertemuan keduanya itu terdapat sholat Zhuhur.
ونأتي الآن لذكر الصلاة الوسطى، ويقصد بأنها وسطى من ناحية وقتيّة ولا يقصد وسطى من ناحية عدديّة.
وقال الله تعالى:
{ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ }
صدق الله العظيم [البقرة:٢٣٨]
Sekarang kami akan menyebutkan tentang sholat Wustho, ianya dimaksudkan wustho (di tengah) dari aspek waktunya bukan dari aspek bilangan.
Allah SWT berfirman:
Peliharalah kalian (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sholat fardhu, khasnya sholat Wustho, dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
وهذا أمر إلهي بالحفاظ على الخمس صلوات وهنّ الفجر والظهر والعصر والمغرب والعشاء ومن ثم كرر التنويه بالحفاظ على الصلاة الوسطى نظراً لميقاتها الصعب، ومن ثم أمرنا أن نقوم فيها بدعاء القنوت لله ولا ندعو سواه ولا ندعو مع الله أحداً.
Inilah perintah ketuhanan untuk memelihara sholat fardhu lima waktu, ianya adalah Fajar, Zhuhur, Asar, Maghrib dan Isya. Kemudian berulang penyebutan agar memelihara sholat Wustho ini kerana waktunya yang sukar, lalu kita diperintahkan supaya melaksanakan doa Qunut pada sholat itu kerana Allah, agar kita tidak menyeru selainNya dan tidak menyembah sesuatu apapun beserta Allah.
وكذلك هذه الصلاة مشهودة من قبل المعقبات والدوريات الملائكيّة، وتلك هي صلاة الفجر، وصلاة الفجر هي الصلاة الوسطى، ودخول ميقاتها هو الوحيد المعلوم في القُرآن بمنتهى الدقة للجاهل والعالم. وذلك في قوله تعالى:
{وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يتبيّن لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ}
صدق الله العظيم [البقرة:١٨٧]
Demikian juga sholat ini disaksikan oleh para malaikat yang mengawasi dan mengikuti, yang silih berganti menjalankan tugas, itulah sholat Fajar.
Sholat Fajar (Shubuh) adalah sholat wustho dan masuknya waktu sholat Shubuh adalah satu-satunya yang dimaklumi dalam Al-Qur’an dengan tepat sekali bagi yang jahil maupun alim.
Demikian ini ada pada firman Allah Ta’ala:
dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar
Maha BenarAllah
[Al-Baqarah:187]
فميقاتها بالوسط بين الليل والنّهار وتلك لحظة الإمساك والأذان للفجر والإمساك معاً، ومن ثم يتموا الصيام إلى الليل وهو ميقات صلاة المغرب، ومن ثم يأتي ذكر الصلوات الخمس مع التنويه والتوضيح أيهم الصلاة الوسطى وذلك في قوله تعالى:
{أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا}
صدق الله العظيم [الإسراء:٧٨]
Waktu sholat Shubuh adalah pada pertengahan antara malam dan siang, demikian itu adalah waktu Imsak di mana azan Shubuh dan imsak itu bersamaan waktunya, baru setelah itu puasa disempurnakan hingga malam, yakni pada waktu Maghrib.
Kerana itu adanya penyebutan sholat lima waktu dengan hint serta petunjuk yang menjelaskan mana satu di antara sholat-sholat itu yang merupakan Sholat Wustho, demikian ini pada firman Allah Ta’ala:
Dirikanlah sholat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha Benar Allah
[Al-Isra]
وهذه الآية تحتوي على الصلوات الخمس مع تكرار التنويه للحفاظ على الصلاة الوسطى مع التوضيح أيّها من الصلوات.
وقال الله تعالى:
{حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ}
صدق الله العظيم [البقرة:٢٣٨]
Ayat ini mengandungi sholat lima waktu beserta penyebutan berulang agar memelihara sholat Wustho dengan penjelasan mana satu di antara lima sholat itu yang merupakan sholat Wustho, Allah Ta’ala berfirman:

فقد بيّن لنا أيّها بإشارة دعاء القنوت فيها وتلك هي الصلاة الوسطى، ومن ثم تأتي آية أخرى لتوضيحٍ أكثر للصلاة الوسطى بعد أن ذكر الوقت الشامل للصلوات الخمس في قوله تعالى:

Sesungguhnya telah jelas bagi kita, mana di antara sholat-sholat itu yang merupakan sholat Wustho, yakni dengan isyarat do’a Qunut padanya, lalu datang ayat lain bagi menjelaskan lebih banyak mengenai sholat Wustho, setelah penyebutan waktu yang lengkap bagi sholat lima waktu pada firman Allah Ta’ala:

فهذه الآية ذكرت جميع الصلوات الخمس بدءاً من دلوك الشمس بالأرض من ناحية المشرق فتبيّن لنا الخيط الأسود من الخيط الأبيض من الفجر فهل كان ذلك إلا بسبب دلوك الشمس من المشرق؟ وذلك ميقات صلاة الفجر أول ما يقوم النائم المصلي لأدائها فيستمر في أداء الصلوات الخمس من أولهن عند دلوك الشمس، فيبين لنا دلوك الشمس ظهور الخيط الأبيض بالمشرق إلى غسق الليل وهي آخر الصلوات وتلك هي صلاة العشاء، ومن ثم يأتي التنويه للقيام والحفاظ على الصلاة الوسطى. وذلك قوله تعالى:
{وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا}
صدق الله العظيم [الإسراء:٧٨]
Ayat ini menyebutkan seluruh sholat lima waktu bermula dari waktu terbit matahari dari arah timur, maka menjadi jelas bagi kita benang hitam dari benang putih sewaktu fajar, bukankah yang demikian disebabkan oleh terbitnya matahari dari arah timur
?
Itulah waktu sholat fajar yang pertama di mana orang yang tidur bangun untuk menunaikan sholat, lalu berterusan dalam menunaikan sholat dari awal waktunya sejak terbit matahari di timur, yang mana menjadi jelas bagi kita benang putih hinggalah hilang mega merah di waktu malam, dan itu adalah akhir dari sholat yaitu sholat 'Isya.
Lalu kemudian ada hint dan petunjuk untuk berdiri dan memelihara sholat Wustho, demikian ini pada firman Allah:
dan [dirikanlah pula sholat] Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan [oleh malaikat]. (78)
Maha BenarAllah
[Al-Isra]
إذاً صلاة الفجر هي الصلاة الوسطى والمشهودة من قبل ملائكة الليل والدور والتسليم لملائكة النّهار وهم المعقبات بالليل والنّهار.
وقضي الأمر بالنسبة لسؤال مواقيت الصلوات وسوف ننظر باقي الأسئلة في وقت لاحقٍ إن شاء الله ونردّ على ما شاء الله منها.
Jika demikian, maka sholat Shubuh adalah sholat Wustho yang disaksikan oleh para malaikat penjaga di waktu malam yang bergiliran menyerahkan tugas menjaga manusia kepada para malaikat penjaga di waktu siang, mereka saling ganti mengganti dalam menjalankan tugas secara bergiliran siang dan malam.
Maka selesailah perkara tentang pertanyaan waktu-waktu sholat, kelak kami akan perhatikan pertanyaan-pertanyaan lain pada masa mendatang dengan izin Allah, dan kami akan balas terhadap perkara yang dikehendaki Allah dari pertanyaan-pertanyaan itu.
أخو المُسلمين والمسلمات في الله الذليل عليهم الإمام ناصر محمد اليماني.
Saudara kaum muslimin dan muslimat dalam agama Allah yang rendah hati terhadap mereka, Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــــــــــ ـــــــــــ
sumber:
https://mahdialumma.xyz/showthread.php?p=105751